PERHIMPUNAN MINGGU KE 5
Minit ucapan ringkas dari Guru penolong kanan Akademik dan Guru Besar sekolah agama. DARI GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK Assalamualaikum kepada semua yang hadir. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi di perhimpunan ini. Perhimpunan ini dapat mengajar kita supaya bersikap berdisiplin untuk terus mengharungi pembelajaran. Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah. Mahirkanlah dengan lagu kebangsaan kita dan lagu negeri johor. Diharapkan pelajar dapat menghafaz Asmaullahul husna yang setiap minggu kita lafazkan. Cuti persekolahan bakal menjelma. Hari Rabu ini kita mendapat cuti tambahan dari kementerian pelajaran dan kita bakal naik sekolah seminggu selepas hari raya. Persiapkanlah diri kita dengan ilmu-ilmu agama yang hari-hari kita pelajarinya. Sediakan dengan ilmu kerana waktu persekolahan ini sahajalah yang dapat membuat kita fokus untuk belajar. Teruskan hadir ke sekolah dengan bersemangat walau terasa cabarannya. Jangan lekas berputus asa untuk hadir ke sekolah dek kerana...