PERHIMPUNAN MINGGU KE 5
Minit ucapan ringkas dari Guru penolong kanan Akademik dan Guru Besar sekolah agama.
DARI GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK
Assalamualaikum kepada semua yang hadir. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi di perhimpunan ini. Perhimpunan ini dapat mengajar kita supaya bersikap berdisiplin untuk terus mengharungi pembelajaran.
Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah. Mahirkanlah dengan lagu kebangsaan kita dan lagu negeri johor. Diharapkan pelajar dapat menghafaz Asmaullahul husna yang setiap minggu kita lafazkan.
Cuti persekolahan bakal menjelma. Hari Rabu ini kita mendapat cuti tambahan dari kementerian pelajaran dan kita bakal naik sekolah seminggu selepas hari raya.
Persiapkanlah diri kita dengan ilmu-ilmu agama yang hari-hari kita pelajarinya. Sediakan dengan ilmu kerana waktu persekolahan ini sahajalah yang dapat membuat kita fokus untuk belajar. Teruskan hadir ke sekolah dengan bersemangat walau terasa cabarannya.
Jangan lekas berputus asa untuk hadir ke sekolah dek kerana kepenatan belajar di sekolah pagi.
Wabillahit Taufiq Walhidayah wassalamualaikum.
DARI GURU BESAR SEKOLAH AGAMA
Assalamulaikum kepada semua pelajar-pelajar yang dirahmati Allah. Bersyukur ke hadrat Allah dapat kita menyempurnakan perhimpunan kita pada kali ke5 ini.
Dalam seminggu lagi kita akan menyambut hari raya Aidil-fitri. Semoga pelajar dalam keadaan tabah mengharungi ibadah puasa. Mungkin ianya mencabar kerana berpuasa dalam keadaan yang panas. Terasa haus lapar dahaga yang teramat. Semoga kita dapat mengharunginya dengan sabar.
Penuhilah tuntutan fardhu ain kita dengan berskap sabar. Sememangnya puasa amat mencabar terlebih lagi dalam keadaan yang terik sebegini. Jangan lupa juga terus hadir ke sekolah untuk memenuhi tuntutan fardhu ain belajar.
Kuatkan semangat pelajar dan jangan terus mengalah dan terus bercuti. Kerana nikmat yang bakal tiba lebih terasa jika kita mampu melaksanakan tuntutan ini.
Jagalah kebersihan sekolah dari mula masuk ke sekolah. Jika terlihat sampah yang merata terus sahaja kutip dan buangkan di dalam tong sampah.
Semoga bertemu lagi dilain hari Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
LAGU KHUSUS UNTUK PELAJAR DAN IBU BAPA YANG DICIPTA KHAS
GAMBAR DIARI PELAJAR
![]() |
| pelajar letih duduk mendengar ucapan guru |
![]() |
| Syaima yang sentiasa bersemangat. tahniah. |
![]() |
| Barisan pengawas perempuan. senyum-senyum paksa |
![]() |
| Nadhir jangan bimbang. balik nanti buka dah. |
![]() |
| hmm macam mana nak suruh lurus barisan. |
![]() |
| Pengawas pelajar lelaki yang sentiasa hensem |
![]() |
| Pengacara kita pada hari ini. |
![]() |
| Ketua pengawas kita adik Wafiy |











Comments
Post a Comment