BACAAN QURAN SURAH YASIN MEMOHON KEMUDAHAN PELAJAR DALAM PELAJARAN
DARI MEJA GURU HEM Assalamualaikum, Pelajar yang dikasihi sekelian. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat melaksanakan pembacaan ayat suci al-quran secara berjamaah. Program anjuran pihak sekolah 2 kali sebulan bertujuan untuk mendidik para pelajar agar mampu membaca ayat suci al-quran dengan lebih lancar kehendaknya. Guru merasa sedikit terkilan kerana masih ramai lagi pelajar yang kurang lancar bacaannya. Manakala pelajar yang lancar pula mendahului bacaan para pelajar yang lain. Semampunya pada masa akan datang kita dapat membaca berjamaah dengan lebih lambat-lambat supaya keberkesanan pembacaan berjamaah dapat dimanfaat bersama. Diantara obejektif lain pelajar dihimpunkan disurau dan melakukan solat berjamaah adalah Pertama; Ia merupakan pendedahan pertama kepada pelajar agar mencintai majlis solat jamaah. Mungkin dirumah jarang sekali kita dapat melakukan solat berjamaah kerana kesibukan ibu bapa. ...