BACAAN QURAN SURAH YASIN MEMOHON KEMUDAHAN PELAJAR DALAM PELAJARAN
DARI MEJA GURU HEM
Assalamualaikum,
Pelajar yang dikasihi sekelian. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat melaksanakan pembacaan ayat suci al-quran secara berjamaah. Program anjuran pihak sekolah 2 kali sebulan bertujuan untuk mendidik para pelajar agar mampu membaca ayat suci al-quran dengan lebih lancar kehendaknya.
Guru merasa sedikit terkilan kerana masih ramai lagi pelajar yang kurang lancar bacaannya. Manakala pelajar yang lancar pula mendahului bacaan para pelajar yang lain. Semampunya pada masa akan datang kita dapat membaca berjamaah dengan lebih lambat-lambat supaya keberkesanan pembacaan berjamaah dapat dimanfaat bersama.
Diantara obejektif lain pelajar dihimpunkan disurau dan melakukan solat berjamaah adalah
Pertama; Ia merupakan pendedahan pertama kepada pelajar agar mencintai majlis solat jamaah. Mungkin dirumah jarang sekali kita dapat melakukan solat berjamaah kerana kesibukan ibu bapa.
Keduanya; Pelajar diasuh supaya menjaga kebersihan surau diajar agar sayang dengan harta benda awam terutama sekolah. Diajar diasuh melipat sejadah dengan sebaik-baiknya, Diajar diasuh melakukan solat sebaik-baiknya dan juga pembacaan doa. Semoga pelajar dapat menghafaz bacaan doa yang ustaz lakukan setiap kali solat.
![]() | |
| Pelajar tahap satu sebelum bunyi loceng pulang |
Objektif ketiga; Pelajar diasuh supaya bersikap cermat dalam menggunakan peralatan persekolahan. Menyusun kasut diluar musolla mengambil wuduk dan masuk dalam keadaan bersih. Walau terdapat kekurangan lagi kerana terdapat pelajar perempuan yang tidak berkasut ke musolla. Mungkin pada masa akan datang dapat diperbaiki dengan teguran-teguran yang membina.
![]() |
| Air muka pelajar apabila mendengar loceng pulang |
Akhir sekali semoga pelajar- pelajar mendapat manfaat dari program yang diadakan oleh pihak sekolah. Dan kami disini berdoa agar pelajar sentiasa cerita dan sihat menjalani pembelajaran. Akhir kata Wassalamualaikum warahmatullah.
Gambar diari aktiviti
![]() |
| Imam surau pada hari ini memimpin bacaan al-quran |







Comments
Post a Comment