SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN
DARI MEJA GURU
Assalamualaikum kepada semua pelajar, semoga dalam lindungan Allah subhanahu wataala. Bersyukur ke hadrat ilahi, Pada minggu ini kita bersama-sama dapat menunaikan tanggungjawab sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain.
Ada pelajar yang dapat meneruskan pembelajaran dengan cemerlang dan ada pula yang sederhana dan pula yang terpaksa mengulang pembelajaran. Namun pelajar-pelajar harus percaya segala yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersembunyi. Ianya datang dari Allah yang bersifat maha mengetahui segala rahsia-rahsia alam semesta ini.
Untuk minggu depan ini, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga kedatangan Ramadhan pada kali ini, kita dapat menyambutnya dengan lebih bermakna dengan menambah lagi ibadah kita kepada Allah dan memperbaiki rohani dan jasmani kita semua.
Allah memberi hadiah kepada umat nabi Muhammad, Ramadhan dengan membayar puasa secara tunai setahun sebanyak 29 atau 30 hari. Umat-umat terdahulu berpuasa tiga hari dari setiap bulan-bulan islam. Maka jumlah setahun puasa umat terdahulu adalah 36 hari. Sebagai memenuhi Sunnah orang terdahulu kita disunnatkan untuk menyambut puasa sunat dari 6 hari syawal yang bakal menjelma kelak.
Sebagai akhir kata-kata saya, pihak guru mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan cubalah kita menjalaninya dengan kesabaran dan ketenangan.
Wassalam.
DARI WAKIL PELAJAR WAFIY BIN ABD WAHID
Terima kasih kepada guru-guru kami yang selalu membimbing kami dalam mengharungi pembelajaran seharian kami ini. Kami akui agak sukar untuk memulakan pembelajaran setelah bercuti selama sebulan lepas. Namun sebenarnya kami rasa terhibur dapat berjumpa kembali setelah lama berada dirumah.
Untuk sahabat-sahabat yang membaca coretan saya. Saya menyeru kepada semua untuk terus meningkatkan pembelajaran dan kesungguhan, agar kita semua dapat mengharungi pembelajaran dengan lebih baik.
Untuk guru kelas yang mengajar kami semua. Saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana memberi kemudahan yang banyak untuk memulakan pembelajaran. Kami rasa terharu kerana kami dihargai.
Semoga bertemu lagi dilain bicara. Assalamualaikum warahmatullah.
Gambar-gambar diari










Tahniah ustaz! Terbaik
ReplyDeleteSelamat membaca diari sekolah. 😀
Delete