PERHIMPUNAN MINGGU KE TIGA

 DARI MEJA GURU BESAR SEKOLAH.

Assalamualaikum kepada semua pelajar. Semoga dalam sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah hendaknya. Pada minggu ini kita melalui fasa puasa di pertengahan dan masuk ke hari sebelas berpuasa. Puasa merupakan satu ujian dan pendidikan kepada semua umat islam.

Ujian yang datang dari Allah ini datang bukan dengan tiada apa hikmahnya. Sesiapa yang dapat melaluinya maka Allah akan meningkatkan martabat diri seseorang kerana mampu mengharungi suruhanNya. Ujian akan sentiasa mendatangi manusia. Sehebat-hebat manusia yang diuji adalah nabi-nabi

Pelajar darjah 1 segar ceria. Tak puasa mungkinnya.

 dan rasul-rasul. Seterusnya para pemerintah para ketua para ibu bapa dan para pendidik. Kita takkan boleh melarikan diri dari sebarang ujian yang selalu menimpa diri. Kesabaran adalah kunci segalanya. Mohonlah kepada Allah supaya kita sentiasa sabar dalam mengharungi ujian dariNya.

Keduanya. Puasa adalah suatu pendidikan dan ia merupakan suatu hadiah dari Allah kepada manusia yang beragama. Jika kita rajin membaca tentang hikmah berpuasa, kita akan dapati ianya merupakan suatu yang amat baik untuk tubuh badan manusia.

 

Sejak dari dulu kala manusia berpuasa. Sedangkan haiwan sendiri berpuasa apabila datang penyakit. Haiwan akan melarikan diri dari sesiapa dan duduk diam kerana sakit. mereka berpuasa untuk kesembuhan. Jika kita perlu melakukan pembedahan juga kita perlu berpuasa sekurangnya 18 jam sebelum pembedahan. 

Rumusan yang ringkasnya redhalah dengan kedatangan ramadhan yang sebenarnya ingin memperbetulkan semula kerosakan diri dari zahir dan batinnya. 

Semoga pelajar-pelajar mampu sabar dalam mengharungi kewajipan ini.

Adik Yusof terduduk kerana kepenatan puasa


DARI MEJA GURU HEM

Assalamulaikum pelajar yang dikasihi sekelian. Semoga dalam limpahan kasih Allah hendaknya. Pada solat asar tadi, mungkin kita dapat mempelajari suatu yang baru, khususnya bagi pelajar yang kurang mahir lagi dalam melakukan solat berjamaah.

Perlakuan masbuk didalam solat, bagi pelajar yang kurang bacaan fatihah kerana masuk dalam solat berjamaah lambat perlulah kita fahami. Sekiranya para makmum lambat masuk didalam solat perlulah kita mengira bilangan rukuk bersama imam. 

Sekiranya rukuk bagi solat berakaat 4 perlulah 4 kali rukuk kita dapat mengikut imam. Sekiranya kurang kita perlulah menambah lagi rakaat berdasarkan kekurangan. Selebihnya sebenarnya telah diterangkan dalam pembelajaran kita didalam kelas

Selain itu pelajar mungkin tidak tahu cara mengangkat jari ketika didalam solat. Didalam kitab ibadat, menyebut, mengangkat jari ketika solat berbentuk genggaman dan menjulurkan jari telunjuk perlulah dilakukan semasa syahadah sehingga selesai bacaan tahiyat tersebut.

Semoganya pelajar dapat memperbaiki dari hari ke sehari solat berjamaah. Dan solat bersendirian. Masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Dan semoga ianya menjadi modal yang baik bagi masa mendatang.

Cukuplah setakat ini sahaja untuk coretan dan renungan kita bersama. Semoga kita dapat manfaat dari pembelajaran kita hari ke sehari. Jumpa lagi semua.


Adik pengawas kita









Gambar diari



cikgu nak bagi ceramah bukan nak nyanyi ye


Comments