PERHIMPUNAN KE 6

Minit ucapan ringkas perhimpunan ke 6

 Assalamualaikum, kepada semua pelajar-pelajar semoga dalam keadaan sihat walafiat. 


Dari meja Guru hal ehwal murid:

Solawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Pada minggu ini kita sedang menjalani peperiksaan solat, bacaan al-quran dan hafazan setengah tahun. Semua pelajar dari tahun 1 ke tahun 4 akan diuji kemampuan melakukan solat. Manakala pelajar tahun 5 dan 6 akan menjalani peperiksaan al-quran dan hafazan sahaja.


    Dalam pada masa itu. Pelajar-pelajar perlulah menjaga kebersihan sekolah yang didapati semakin tidak terkawal. Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sekolah kita dan bersihkanlah kawasan sekolah dengan merasakan itu sebagai tanggungjawab bersama. Jika kita tidak menjaga kebersihan sekolah kita, siapalah yang akan menjaga kebersihannya.

    Kebersihan itu merupakan perkara utama dalam ibadat. Jika kita melihat keperluan dalam islam. Islam meletakkan toharah atau bersuci itu pada pengajaran yang pertama sebelum beribadah kepada Allah. Jangan kita makan ditempat yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan binatang berkeliaran. Pernah berlaku apabila monyet berkeliaran masuk dan merosakkan peralatan didalam kelas.

    Keduanya adalah mengenai keselamatan didalam kawasan sekolah. Pelajar janganlah berlari-lari didalam sekolah. Kerana boleh berlaku kemungkinan jatuh dan menyebabkan luka. Pernah terjadi banyak kali sebelum ini pelajar-pelajar berlari dan jatuh lalu luka. Ada pula yang memanjat tiang sekolah. Perlakuan berbahaya ini boleh mengundang bahaya kepada pelajar.


    Setakat itu sahaja untuk makluman kita pada hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama.




Dari meja guru besar.

Assalamualaikum kepada pelajar semua. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu. 

Pada hari ini guru besar menekankan semula tentang kebersihan dan keadaan keselamatan pelajar. Guru besar meminta agar pelajar mematuhi undang-undang persekolahan dan jangan berlari-lari didalam kawasan sekolah kerana boleh mengundang perkara yang tidak diingini.

Minggu hadapan bermula 11 ogos ini merupakan minggu peperiksaan Al-quran hafazan dan solat. Pelajar perlulah menumpukan sepenuh perhatian untuk memperbaiki kelemahan dalam bacaan al-quran dan hafazan.

Pihak sekolah berdukacita jika pelajar tidak mampu untuk menduduki peperiksaan dan tidak mampu untuk menjawab peperiksaan. Kerana ujian dijalankan selama dua minggu.

Dalam ucapan ringkas guru besar menekankan agar pelajar-pelajar sentiasa menjaga kesihatan agar dapat menjalani persekolahan dengan baik.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Comments